Recent Post

adnow



loading...

IKLAN

Friday, July 14, 2017



Ada beberapa perkara yang bayi tidak suka anda lakukan kepada mereka. Mulalah dia resah gelisah, memusingkan badan, atau paling teruk, merengek! Jom tengok apakah perkara tersebut!

Ibu-ibu di luar sana, jangan percaya bahawa bayi anda sukakan anda sepanjang masa.
Selalunya perkara yang tidak disukainya akan berlaku ketika anda sedang memanjakannya, memberikannya makan, atau ketika bermain dengannya.

Berikut adalah tujuh perkara yang membuatkan bayi anda tidak menyukai anda:

1. Apabila Anda Lap Mulut Bayi Anda Selepas Sesi Makan

Pastinya, ia bukan idea yang bagus untuk membiarkan mulut bayi anda comot.
Tetapi apabila anda mengelap mulut bayi anda, pasti si kecil itu akan membantah dan memusingkan kepalanya ke tepi atau menggunakan tangannya untuk menghalang anda.
Haa..waktu ini, memang dia tidak sukakan anda.
Tetapi ibu ayah, jangan risau, teruskan mengelap mulutnya – bayi anda harus kelihatan bersih!

2. Apabila Anda Cuba Meletakkan Bayi Anda Untuk Mandi Atau Urut

Bayi selalunya mengambil masa beberapa saat untuk membiasakan dirinya dengan sesi mengurut atau sesi mandi.
Oleh itu, apabila anda cuba meletakkannya di dalam tab mandi, si kecil anda akan bangkit semula, seolah-olah itu adalah refleksi sukarela.
Anda perlu memujuk dan menenangkannya untuk kekal berbaring atau tenang.
Haa..pada waktu ini, Ya Tuhan, dia akan menjerit macam baru lepas kena dera!

3. Apabila Anda Tidak Berkongsi Makanan Dengan Bayi Anda

Bayi anda mempunyai naluri semulajadi untuk makan apa yang anda makan.
Tetapi selalunya, apa yang kita masukkan dalam mulut kita itu, tidak sesuai untuk sistem pencernaan anak kecil anda.
Malah, ada besar kemungkinan yang alergi akan terjadi.
Bagaimana kalau anda sedang makan kacang? Pasti si kecil itu terkumat-kamit mulutnya, ingin makan sekali. Tetapi, tidak! Dia belum boleh memakannya lagi.
Anda juga tidak mahu risiko alahan kacang atau dia mengalami sakit perut.
Sudah tentu, pada ketika ini, bayi anda akan membenci anda kerana tidak berkongsi makanan, tetapi percayalah, ia berbaloi!
Kesihatan anak itu lagi penting.

4. Apabila Anda Cuba Membuat Bayi Anda Berdiri

Ini adalah salah satu kesalahan yang paling sering dilakukan ibu bapa.
Bayi anda tidak dapat mengekalkan kakinya supaya sentiasa lurus.
Ini kerana ligamen dan otot masih tidak cukup kuat untuk membolehkannya berdiri tegak.
Oleh itu, memaksa bayi anda untuk berdiri adalah sesuatu yang tidak selesa untuk dirinya. Waktu ini pasti masam muka si manja anda itu!

5. Apabila Anda Mengambil Sesuatu Dari Mulut Bayi Anda

Bayi anda suka mengambil barang dari lantai dan memasukkannya ke dalam mulutnya dengan serta-merta, kan?
Ia adalah caranya untuk meneroka sesuatu yang baru. Walaupun, barang-barang itu boleh menyebabkan mereka tercekik!
Dan apabila anda terus menarik keluar barang itu dari mulutnya, ketahuilah mereka tidak suka apabila anda berbuat begitu!

6. Mengira Gigi Baru

Selain itu, bayi juga tidak suka apabila anda mengira giginya.
Si kecil anda berasa sakit dan tidak selesa ketika dia sedang tumbuh gigi.
Tetapi dia mendapati ia lebih merunsingkan apabila seseorang membuka mulut mereka (secara paksa!) untuk melihat berapa banyak gigi yang telah tumbuh atau akan tumbuh.
Memang dia “benci” betul kalau ada orang usik mulutnya ketika sedang tumbuh gigi.

7. Apabila Anda Cuba Menidurkan Bayi Anda

Sekiranya bayi anda telah tidur sebelumnya, dia mungkin enggan tidur lagi pada waktu malam.
Anda mendodoikannya supaya dia mudah lena dan mula menjadi marah kerana bayi anda enggan tidur.
Apabila anda sudah penat dan mula memarahi bayi anda, ketahuilah, dia mungkin tidak suka apabila anda berkelakuan demikian.
Memang si kecil itu akan resah gelisah di katil atau dalam buaian sewaktu dia langsung tak teringin mahu tidur, dia mahu terus berjaga dan bermain!

Berlemah-lembut sahaja

Jadi, begitulah…7 perkara yang bayi tidak berasa suka diperlakukan dan akan membenci jika anda melakukannya kepada mereka.
Jadi ibu ayah, anda hanya perlu bersikap lemah lembut sahaja apabila menguruskan bayi anda dengan perkara-perkara di atas.
Selepas itu, jangan risau, anda akan baik-baik saja!


0

Walaupun tiada bukti saintifik dan klinikal, posisi seks dipercayai mempengaruhi peluang kehamilan. Inilah beberapa posisi tersebut beserta gambar.

Sesetengah wanita mudah untuk hamil, namun sebahagiannya pula perlu berusaha keras untuk hamil. Salah satu cara yang boleh membantu mempercepatkan kehamilan adalah mencuba pelbagai posisi seks.
Sebenarnya kehamilan boleh terjadi dengan apapun posisi hubungan intim, asalkan sperma bergerak menuju ke arah sel telur dan berlakunya persenyawaan.
Oleh itu, beberapa posisi seks ini mungkin dapat memudahkan sperma bergerak menghampiri sel telur lantas membesarkan peluang berlakunya persenyawaan. Berikut adalah 5 posisi seks agar cepat hamil:

1. Posisi Misionari & gerakan ‘kucing’

Posisi seks agar cepat hamil : Misionari

Posisi ini sering disebut sebagai Man on Top, iaitu wanita baring terlentang, dan lelaki berada di atasnya. Dengan posisi ini, sperma yang dikeluarkan tidak mudah untuk terkeluar dari vagina wanita.
Di kombinasikan dengan gerakan CAT (kucing). Sebenarnya CAT ialah singkatan untuk (Coital Alignment Technique) dan berdasarkan penelitian dari Edward Eichel, gerakan ini dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan.
Gerakan CAT:
Lelaki berada di atas wanita dan bergerak kedepan dan kebelakang sambil mencondongkan badan ke arah bahu wanita. Semasa bersama, wanita mengangkat pinggul agar selari dengan pinggul lelaki. Wanita boleh juga menggelek (seperti memutar) untuk mensimulasi orgasme.

2. Posisi Gunting, penetrasi dari sisi

Posisi seks dari sisi

Ketika berada di posisi ini, pasangan akan berasa lebih relaks dan ianya sesuai untuk suami yang lebih berisi. Ketika penetrasi dari sisi, zakar dapat masuk lebih dalam ke vagina, sehingga ketika ejakulasi, sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur. Posisi ini dapat dilakukan melalui 2 cara; iaitu lelaki di belakang wanita atau saling menghadap.

Apabila saling menghadap, wanita boleh mengangkat salah satu kaki lurus ke atas serenjang dengan katil. Lalu lelaki merapati bahagian hadapan badan wanita, dengan salah satu kaki di antara kaki wanita. Rapatkan pinggul lelaki dan wanita, tetapi jauhkan dada masing-masing. Posisi seks ini dikenali sebagai posisi gunting (scissors).

3. Penetrasi dari belakang, doggy style

Posisi seks dari belakang

Posisi ini boleh dilakukan dengan perut wanita di katil, atau menghadap katil seperti sedang merangkak. Sama seperti posisi seks dari sisi, penetrasi dari belakang juga membantu zakar masuk lebih dalam, sehingga sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur.
Semasa dalam posisi merangkak, wanita melengkungkan badan sehingga kedudukan perut rendah tetapi bahagian pinggul tinggi. Tampung berat badan menggunakan tangan dan lutut. Posisi ini dikenali sebagai posisi anjing atau doggy style.

4. Wanita di atas, posisi Cowgirl

Posisi seks cowgirl

Apabila wanita berada di atas lelaki, posisi seks ini memberikan kuasa penuh pada wanita. Jadi wanita dapat mengatur irama dan perjalanan hubungan seks ini. Wanita akan lebih relaks dan menikmati permainan, serta dapat memandu agar penetrasi zakar di kedalaman yang sesuai dengan kehendaknya.

Cara yang lain, wanita boleh memusing posisi badan ke mana pun yang diingini sehingga 360 darjah. Lengkungkan badan hingga pinggul condong ke belakang dan dada condong ke hadapan.

5. Posisi berdiri

Posisi berdiri

Pada posisi berdiri, lelaki dan wanita dapat mengendali untuk mencapai posisi paling selesa. Ketika lelaki mencapai ejakulasi, kekal berada di posisi ini untuk beberapa saat agar sperma tidak terkeluar dari liang vagina. Berdiri di bawah pancuran air hangat boleh menambah rasa sensasi bersama.
sumber:
concieveaeasy.com, Best Sex Position to Get Pregnant
momastic.com, 7 Best Sex Position to Concieve





0



Proses berpantang memang nampak leceh. Tapi, anda perlu jaga kesihatan diri sepanjang tempoh ini. Tiada jalan short-cut! Jom baca apa lagi panduan yang anda perlu ikut!

Berpantang Sendirian

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kematian seorang wanita di Kulai ketika beliau berpantang sendirian.
Beliau melahirkan anaknya dengan prosedur C-seksyen dan berpantang sambil menjaga anak pertama berusia 19 bulan.
Punca kematian disahkan akibat paru-paru berair dan masalah jantung. Semoga arwah tenang di sana. 
Kalau anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau mertua di sisi, hati-hati.
Anda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar proses berpantang ini berjalan lancar!
Proses berpantang dikategorikan sebagai sebuah rawatan tradisional selepas bersalin
Sebab itu anda perlu mengetahui tentang panduan berpantang bagi menjaga kesihatan anda.

Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang

Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism
Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang!
Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!


Apakah tanda-tanda penyakit ini?

Wanita sedang berpantang mempunyai darah yang lebih pekat daripada biasa
Akibatnya, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian betis ketika berjalan, sukar untuk bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan denyutan nadi menjadi laju.
Anda berisiko tinggi untuk mengalami “pembunuh senyap” ini jika anda:
  • berusia 35 tahun ke atas
  • mempunyai lebih daripada 2 anak
  • menjalani pembedahan c-seksyen
  • dehidrasi
  • tumpah darah semasa bersalin
  • mengandung kembar

Jadi, apa yang perlu anda buat?

Oleh sebab itu anda perlu lebih berhati-hati! Jangan ambil mudah proses berpantang selama 44 hari ini.
Kalau anda melalui pembedahan c-seksyen, proses pantang harus lebih lama!
Antara perkara penting yang wajib anda (atau minta tolong suami) buat ketika berpantang sendirian adalah:


1.    Cari tukang urut. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
2.    Ambil suplemen dan ubat-ubatan penting
3.    Jangan takut untuk mandi. Sediakan mandian berpantang yang senang seperti – daun pandan dan serai kayu.
4.    Pakai bengkung
5.    Minum banyak air.
6.    Atur masa anda dengan bijak. Jangan kelam kabut nak buat semua benda. Kongsi beban kerja rumah dengan suami.
7.    Sediakan resepi berpantang yang mudah. Beli stok makanan mentah yang segar. Minta suami masak jika tak larat. 
Dan apa yang jangan dibuat?
Jangan sesekali buat perkara-perkara ini pula, okay! Antaranya:
1.    Jangan makan makanan sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
2.    Jangan lupa pakai stokin! Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan, anda akan cepat tak bermaya dan pening.
3.    Jangan terlalu aktif sampai semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat! 
4.    Jangan bersendirian dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau suami kerja, telefon pun sudah mencukupi.

Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.
Jaga diri anda kerana si manja memerlukan ibunya!



0



Pernah mengalami simptom yang sama dengan kes viral seorang guru dalam pantang yang meninggal dunia minggu lalu, wanita bernama Aida Azura Azemi ini tampil menjelaskan pengalamannya mengalami penyakit serupa, yang dikenali sebagai Peripartum Cardiomyopathy (PPCM).

Tarikh 6 Julai 2017 pasti masih basah di ingatan rakyat Malaysia. Kes kematian seorang guru di Kulai, Johor, Siti Rohana Redzuan sewaktu masih berpantang cukup menyayat hati. 

Jenazah guru itu ditemui tidak bernyawa di sisi anak kecilnya yang berusia 19 bulan dan 1 bulan oleh suaminya yang baru pulang bekerja.

Bukan kerana pendarahan pasca Caesarean. Bukan juga sebab terpaksa menguruskan anak-anak seorang diri semasa berpantang. Keputusan post mortem mendapati punca kematiannya akibat masalah jantung dan paru-paru berair. Perkongsian wanita ini yang turut melalui keadaan yang hampir sama menjelaskan tentang risiko PPCM terhadap wanita seperti arwah Siti Rohana.

Daripada Facebook: Aida Azura Azemi
==============================

WARNING: Panjang dan topik boring.. tapi bacalah kejap kalau anda sedang mengandung.
Segala-galanya bermula dengan rasa letih luar biasa. Dalam keadaan sarat membawa kandungan, boleh dikatakan waktu itu hampir setiap hari aku perlu memandu dan habiskan masa di meja kerja siapkan beberapa proposal. Akur bahawa tempoh mengandung boleh jadikan seorang perempuan lebih mudah letih, tapi kali ini letihnya memang luar biasa. Bukan sekali, aku memandu sambil mengalirkan air mata namun dipaksakan jua kudrat kerana sangka itu cuma perasaan malas yang tak boleh terlalu dilayan.

Seterusnya tangan tiba-tiba rasa kebas. Bagi mereka yang banyak menaip, sindrom Carpal Tunnel bukan sesuatu yang pelik. Ianya normal berlaku terutama masa mengandung kesan daripada saluran darah yang kian mengembang. Ini pun satu bentuk siksaan yang cuma Tuhan saja tahu. Demi siapkan kerja aku menaip sambil pergelangan tangan diikat untuk hilangkan rasa kebas yang mengganggu pergerakan jari. Kebasnya pun luar biasa, hingga mengganggu tidur dek sakit berdenyut-denyut.

Seksanya mengandung kali ini memang Tuhan saja yang tahu. Apabila tidur terganggu maka fikiran pun sama. Tapi mengenang semua sakit yang dirasa demi mendapat anugerah paling hebat, aku kuatkan semangat. Di trimester akhir kandungan, kaki kian membengkak. Mengandung sebelum ini pun bengkak juga tapi kali ini melampau pulak rasanya.

Tidur terus terganggu, selain kebas melampau pada pergelangan tangan rasa sakit pada bahu dan tengkuk sering mengganggu. Apa yang mampu dibuat cuma letakkan balm panas dan urut atau keruk gunakan duit syiling. Urat di tangan turut timbul dengan sangat jelas hingga mak pun ada tegur tentang ini.

Tak lama kemudian tidur semakin payah hinggakan pada satu tahap terpaksa tidur sambil duduk kerana bila berbaring ianya ganggu pernafasan hingga terjaga ketika tidur belum pun cukup lama. Hampir setiap malam aku menangis kerana sakit pada bahu dan tangan, kadang-kadang sampai tertidur di meja kerana terlalu letih.

Kesannya (aku fikir) darah naik mendadak. Daripada tak pernah ada darah tinggi bacaan jadi melampau sampai cecah 160 (atas). Beberapa kali ke bahagian kecemasan hospital namun darah kemudiannya turun semula ke normal dalam masa sehari.

Pernafasan terus bermasalah. Aku selalu tercungap-cungap hinggakan pernah ketika lakukan satu presentation untuk client, terpaksa berhenti seketika dan minta maaf kerana semput. Balik dari presentation hari itu aku berhenti sekejap tepi jalan dan menangis semahunya sebab dapat rasakan ada sesuatu tak kena pada diri.

Satu hari, aku rasa pernafasan kian pendek hingga dada jadi sempit. Waktu itu batuk dah hampir seminggu. Cadangnya ke klinik mahu check batuk sahaja tapi disebabkan nafas kian mencungap destinasi ditukar terus ke hospital.

Oleh sebab sesak nafas, ujian echo dijalankan dan inilah saatnya punca sebenar simptom kaki bengkak, sakit bahu, batuk dan sesak nafas diketahui. Selama ini apabila darah naik terlalu tinggi aku dijangka mengidap pre-eclampsia namun ujian jantung mengesahkan sebaliknya.
Penjelasan bahasa mudahnya begini - apabila mengandung darah jadi pekat lebih daripada biasa. Injap jantung terpaksa bekerja lebih keras. 

Sampai satu tahap apabila ianya tak mampu lagi maka beberapa signal ditunjukkan pada badan supaya kita mengerti. Apabila kita tak faham dan paksakan juga lama kelamaan otot jantung menjadi lemah dan tidak dapat mengepam darah secara efisyen sekaligus menurunkan fungsi organ lain seperti paru-paru dan hati. Sebab itulah darah naik turun macam yo-yo dan paru-paru digenangi air hingga muncul batuk dan sesak nafas.

Apa yang menyedihkan, sakit diberi nama Peripartum Cardiomyopathy (PPCM) ini tidak seglamer kondisi bahaya lain seperti eklampsia, diabetes gestasional, placenta previa dan sebagainya kerana kaki bengkak, mudah mengah dan nafas semput biasa berlaku ketika mengandung. Sedangkan apabila jantung sudah bengkak maka risiko kematian akan semakin tinggi jika si ibu melalui proses kelahiran tanpa pantauan atau tidak diberi ubatan sepatutnya. Cara kelahiran yang digalakkan buat pesakit PPCM ialah kelahiran yang 'kurang stres' secara normal, di mana sebelum itu bakal ibu akan dipantau secara rapi tahap kesihatannya.

Apabila dikesan memiliki PPCM maka si ibu perlu berada di observation room dalam tempoh lama dan itu yang aku lalui. Obsrvation room rasanya lagi 'seksa' dari berada di wad kerana satu badan dipenuhi wayar untuk pantau bacaan darah, kadar oksigen, degupan jantung.. belum masuk pemeriksaan nadi baby dan sebagainya. Cemuih gile kot.

Ini turut beri petunjuk betapa bahaya kondisi ibu apabila disahkan mengidap PPCM. Bila-bila masa sahaja jantung boleh shut down dan menurut doktor, masa ini nyawa ibu jadi keutamaan dan nyawa baby no 2. Mengenang statement ini aku mohon untuk bersalin awal kerana sebaik sahaja baby lahir, maka cuma nyawa ibu sahaja yang terancam disebabkan PPCM.

Terlalu panjang dan teknikal untuk diceritakan semua tapi aku paksakan diri menaip kerana manalah tahu, mungkin ada seorang wanita mengandung di luar sana terbaca ini dan dapat berasakan dirinya ada simpton PPCM, maka segeralah dapatkan rawatan sepatutnya. Rawatan tersebut bukan sahaja ketika melahirkan malah PPCM boleh beri risiko kematian sehingga 5 bulan selepas ibu melahirkan.

Ya, aku menulis ini juga kerana terbaca kisah sedih seorang ibu yang meninggal dunia secara tiba-tiba sambil diapit anak yang masih bayi di kiri kanan. Post mortem menunjukkan punca kematian ialah paru-paru berair dan jantung bengkak, selaras dengan tanda-tanda pengidap PPCM.

Harus diketahui pengidap PPCM perlu mengambil beberapa ubatan selepas melahirkan anak kerana risiko hilang nyawa masih ada. Antara ubat yang perlu diambil ialah Diuretic bagi mengurangkan penumpukan cecair pada paru-paru.

PPCM dikira masih 'rare' namun kesnya semakin meningkat saban tahun. Jantung agak berbeza daripada organ lain dalam tubuh manusia, ianya semacam enjin. Apabila rosak ianya memakan masa agak lama untuk sembuh sepenuhnya. Kesan PPCM aktiviti lasak perlu dilupakan selama-lamanya begitu juga jika ada keinginan mahu menambah anak lagi manakala jumlah air yang diminum setiap hari perlu disukat.

Apa-apa pun hidup ini kan penuh ujian dan sakit cuma salah satu daripadanya. Lagi pula bersama ujian ini lahirlah Khadijah ~ anugerah terindah yang menghilangkan semua sakit dan gundah. Alhamdulillah.




Sama-samalah kita ambil iktibar terhadap pengalaman ibu-ibu ini. Terkadang berilah perhatian ekstra terhadap diri sendiri masa sakit sebab kita taktau sejauh mana ia memudaratkan nyawa. Apa pun, Alfatihah buat arwah Siti Rohana, moga rohnya dicucuri rahmat.


0



Setelah 9 bulan mengandung saat yang paling mendebarkan bagi seorang wanita pastinya waktu melahirkan anak.Apatah lagi jika ia pengalaman bersalin kali pertama.

Macam-macam perasaan wujud dalam hati, apabila memikirkan situasi yang perlu ditempuhi sebelum selamat melahirkan seorang bayi.

Melalui perkongsian oleh Dr Anisah Ali, beliau berkongsi tentang pengalaman dirinya ketika bersalin dan perkara yang patut ibu-ibu dan para suami/ahli keluarga lakukan sebagai persediaan ketika menghadapi saat getir ini.

Waktu saya pregnant dulu.

Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy.

Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.

Huii seram oi!

9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun.

Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain.

Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me, pain threshold rendah ya ampun).

Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu.

Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).

Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu.

Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit.

Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.

Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu.

Persediaan Sewaktu Proses Bersalin;

So, pregnant mommies out there,

1) Bersiaplah untuk proses bersalin tu. Siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!

2) Waktu sakit, jangan panik. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut. Insya Allah.Boleh tu.

3)Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin.Urut belakang dia, urut kaki dia.

4)Coach breathing Technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panik kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach.

5)Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. :)

6)Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia "Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang."

Dia perlukan semangat macam tu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir.

InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan.

Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat.

Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni.

Sampai sini dulu coretan Nisa Ali.

Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.

Info Ekstra!

Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj.

Sumber: Anisah Ali


0
loading...

Total Pageviews

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *