Proses
berpantang memang nampak leceh. Tapi, anda perlu jaga kesihatan diri sepanjang
tempoh ini. Tiada jalan short-cut! Jom baca apa lagi panduan yang anda perlu
ikut!
Berpantang
Sendirian
Baru-baru
ini, Malaysia digemparkan dengan kematian
seorang wanita di Kulai ketika beliau berpantang
sendirian.
Beliau
melahirkan anaknya dengan prosedur C-seksyen dan berpantang sambil menjaga anak
pertama berusia 19 bulan.
Punca
kematian disahkan akibat paru-paru berair dan masalah jantung. Semoga arwah
tenang di sana.
Kalau
anda wanita yang sedang dalam proses berpantang dan mungkin tanpa mak atau
mertua di sisi, hati-hati.
Anda
perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu yang penting agar
proses berpantang ini berjalan lancar!
Proses berpantang dikategorikan sebagai
sebuah rawatan tradisional selepas bersalin.
Sebab itu anda perlu mengetahui tentang panduan berpantang bagi
menjaga kesihatan anda.
Pembunuh Senyap Ketika Wanita Berpantang
Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin,
kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism?
Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses
berpantang!
Ia adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke
paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah
beku ini jarang berlaku namun ia mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!
Apakah tanda-tanda penyakit ini?
Wanita sedang berpantang mempunyai darah
yang lebih pekat daripada biasa.
Akibatnya, mereka akan mengalami kesakitan di bahagian betis
ketika berjalan, sukar untuk bernafas, sakit dada, batuk berdarah dan denyutan
nadi menjadi laju.
Anda berisiko tinggi untuk mengalami “pembunuh senyap” ini jika
anda:
- berusia 35
tahun ke atas
- mempunyai
lebih daripada 2 anak
- menjalani pembedahan
c-seksyen
- dehidrasi
- tumpah darah
semasa bersalin
- mengandung
kembar
Jadi, apa yang perlu anda buat?
Oleh sebab itu anda perlu lebih berhati-hati!
Jangan ambil mudah proses berpantang selama 44 hari ini.
Kalau anda melalui pembedahan c-seksyen, proses pantang harus lebih
lama!
Antara perkara penting yang wajib anda (atau minta
tolong suami) buat ketika berpantang sendirian adalah:
1.
Cari tukang urut. Amalan bertungku dan berurut akan mempercepatkan
proses pemulihan. Malah, ia juga melancarkan pengeluaran susu badan.
2.
Ambil suplemen dan
ubat-ubatan penting
3.
Jangan takut untuk
mandi. Sediakan mandian berpantang yang
senang seperti – daun pandan dan serai kayu.
4.
Pakai bengkung.
5.
Minum banyak air.
6.
Atur masa anda
dengan bijak. Jangan kelam kabut nak buat semua
benda. Kongsi beban kerja rumah dengan suami.
7.
Sediakan resepi berpantang yang mudah. Beli
stok makanan mentah yang segar. Minta suami masak jika tak
larat.
Dan apa yang jangan dibuat?
Jangan sesekali buat perkara-perkara
ini pula, okay! Antaranya:
1.
Jangan makan makanan
sejuk, gatal, tajam, berbisa, berangin dan terlalu berminyak. Senang
suruh suami kukus atau bakar saja makanan anda.
2.
Jangan lupa pakai stokin!
Stokin mampu mengelakkan kaki anda dimasuki “angin”. Kalau angin masuk badan,
anda akan cepat tak bermaya dan pening.
3.
Jangan terlalu aktif sampai
semua benda dalam rumah anda nak buat. Duduk berehat!
4.
Jangan bersendirian
dalam masa yang lama. Anda boleh “meroyan” ketika dalam
proses ini. Minta suami sentiasa teman atau ambil berat. Kalau
suami kerja, telefon pun sudah mencukupi.
Semoga semuanya berjalan lancar untuk
anda. Ingat, anda seorang wanita kuat yang takkan memandang mudah tentang kesihatan
diri sendiri, apatah lagi kesihatan anak-anak anda.
Jaga diri anda kerana si manja memerlukan
ibunya!
No comments:
Post a Comment