Setelah 9 bulan mengandung saat yang paling
mendebarkan bagi seorang wanita pastinya waktu melahirkan anak.Apatah lagi jika
ia pengalaman bersalin kali pertama.
Macam-macam perasaan wujud dalam hati, apabila
memikirkan situasi yang perlu ditempuhi sebelum selamat melahirkan seorang
bayi.
Melalui perkongsian oleh Dr
Anisah Ali, beliau berkongsi tentang pengalaman dirinya ketika bersalin dan
perkara yang patut ibu-ibu dan para suami/ahli keluarga lakukan sebagai
persediaan ketika menghadapi saat getir ini.
Waktu saya pregnant dulu.
Benda yang paling saya takut
adalah Episiotomy.
Sebab dari sekolah duk dengar
cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.
Huii seram oi!
9bulan pregnant, itu yang paling
saya gerun.
Sampaikan tiba hari nak bersalin,
rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah
contraction pain.
Mak saya sampai sekarang gelakkan
saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame
the indian blood in me, pain threshold rendah ya ampun).
Lepas bersalin saya rasa macam
nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya
contraction pain tu.
Sebabkan pengalaman pertama tu
mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).
Sampai waktu nak melahirkan anak
kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu.
Saya dah tahu apa perlu buat
untuk kawal diri dan kawal sakit.
Dan sekarang, saya bertugas di
department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang
sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.
Saya inform siap-siap apa yang
mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan
sikit rasa sakit tu.
Persediaan Sewaktu Proses
Bersalin;
So, pregnant mommies out there,
1) Bersiaplah untuk proses
bersalin tu. Siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!
2) Waktu sakit, jangan panik.
Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas
dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut. Insya Allah.Boleh
tu.
3)Suami/Ahli keluarga perlu jadi
sangat membantu time isteri nak bersalin.Urut belakang dia, urut kaki dia.
4)Coach breathing Technique pada
dia. Sebab time sakit tu kita panik kadang sampai tak boleh fikir macamana nak
tarik nafas. Suami kena tolong coach.
5)Pegang tangan dia. Bagi isteri
genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu.
:)
6)Bagi dia assurance yang sakit
tu sekejap je lagi. Remind dia "Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi,
Sayang."
Dia perlukan semangat macam tu.
Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir.
InsyaAllah, jasa jasa orang waktu
kita nak bersalin tu takkan dilupakan.
Hatta orang tu tolong setakat
urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa
helpless dan in need of support sangat.
Semoga bermanfaat apa yang
dikongsikan ni.
Sampai sini dulu coretan Nisa
Ali.
Next boleh cerita pasal cara nak
elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.
Info Ekstra!
* Episiotomi adalah teknik
memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj
dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj.
Sumber: Anisah Ali
No comments:
Post a Comment