Sesetengah
wanita mudah untuk hamil, namun sebahagiannya pula perlu berusaha keras untuk
hamil. Salah satu cara yang boleh membantu mempercepatkan kehamilan adalah
mencuba pelbagai posisi seks.
Sebenarnya
kehamilan boleh terjadi dengan apapun posisi hubungan intim, asalkan sperma
bergerak menuju ke arah sel telur dan berlakunya persenyawaan.
Oleh
itu, beberapa posisi seks ini mungkin dapat memudahkan sperma bergerak
menghampiri sel telur lantas membesarkan peluang berlakunya persenyawaan.
Berikut adalah 5 posisi seks agar cepat hamil:
1. Posisi
Misionari & gerakan ‘kucing’
Posisi seks agar cepat hamil : Misionari
Posisi ini sering disebut
sebagai Man on Top, iaitu wanita baring terlentang, dan lelaki
berada di atasnya. Dengan posisi ini, sperma yang dikeluarkan tidak mudah untuk
terkeluar dari vagina wanita.
Di kombinasikan dengan gerakan CAT
(kucing). Sebenarnya CAT ialah singkatan untuk (Coital Alignment Technique)
dan berdasarkan penelitian dari Edward Eichel, gerakan ini dapat membantu
meningkatkan peluang kehamilan.
Gerakan CAT:
Lelaki berada di atas wanita dan
bergerak kedepan dan kebelakang sambil mencondongkan badan ke arah bahu wanita.
Semasa bersama, wanita mengangkat pinggul agar selari dengan pinggul lelaki.
Wanita boleh juga menggelek (seperti memutar) untuk mensimulasi orgasme.
2. Posisi Gunting, penetrasi dari sisi
Posisi seks dari sisi
Ketika berada di posisi ini, pasangan
akan berasa lebih relaks dan ianya sesuai untuk suami yang lebih berisi. Ketika
penetrasi dari sisi, zakar dapat masuk lebih dalam ke vagina, sehingga ketika
ejakulasi, sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur. Posisi ini
dapat dilakukan melalui 2 cara; iaitu lelaki di belakang wanita atau saling
menghadap.
Apabila saling menghadap, wanita
boleh mengangkat salah satu kaki lurus ke atas serenjang dengan katil. Lalu
lelaki merapati bahagian hadapan badan wanita, dengan salah satu kaki di antara
kaki wanita. Rapatkan pinggul lelaki dan wanita, tetapi jauhkan dada
masing-masing. Posisi seks ini dikenali sebagai posisi gunting (scissors).
3. Penetrasi dari belakang, doggy
style
Posisi seks dari belakang
Posisi ini boleh dilakukan dengan
perut wanita di katil, atau menghadap katil seperti sedang merangkak. Sama
seperti posisi seks dari sisi, penetrasi dari belakang juga membantu zakar
masuk lebih dalam, sehingga sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel
telur.
Semasa dalam posisi merangkak, wanita
melengkungkan badan sehingga kedudukan perut rendah tetapi bahagian pinggul
tinggi. Tampung berat badan menggunakan tangan dan lutut. Posisi ini dikenali
sebagai posisi anjing atau doggy style.
4. Wanita di atas, posisi Cowgirl
Posisi seks cowgirl
Apabila wanita berada di atas lelaki,
posisi seks ini memberikan kuasa penuh pada wanita. Jadi wanita dapat mengatur
irama dan perjalanan hubungan seks ini. Wanita akan lebih relaks dan menikmati
permainan, serta dapat memandu agar penetrasi zakar di kedalaman yang sesuai
dengan kehendaknya.
Cara yang lain, wanita boleh memusing
posisi badan ke mana pun yang diingini sehingga 360 darjah. Lengkungkan badan
hingga pinggul condong ke belakang dan dada condong ke hadapan.
5. Posisi berdiri
Posisi
berdiri
Pada posisi berdiri, lelaki dan wanita dapat mengendali untuk
mencapai posisi paling selesa. Ketika lelaki mencapai ejakulasi, kekal berada
di posisi ini untuk beberapa saat agar sperma tidak terkeluar dari liang
vagina. Berdiri di bawah pancuran air hangat boleh menambah rasa sensasi
bersama.
No comments:
Post a Comment