Gambar Sekadar Hiasan
Tip-tip yang
saya kongsikan ini boleh dipakai supaya anda dapat melihat akaun bank anda
membesar dari semasa ke semasa. Lebih banyak duit anda akan tersimpan.
Siapa tak nak ada duit lebih kan? Menyimpan duit
adalah kewajipan kita dalam dunia moden ni.
Kalau ada duit
lebih rase tenang je hati kita. Susah kalau kita tak menyimpan.
Kita akan
betul-betul rasa pentingnya duit ni betul-betul bila waktu susah nanti. Ataupun
beli rumah. Atau kereta.
Ada beberapa
soalan yang timbul apabila anda ingin menyimpan duit anda. Berapa banyak
duit yang anda boleh jimat?
Di mana anda
mahu meletakkan duit duit anda, dan bagaimana anda boleh pastikan duit anda tak
pergi mana-mana?
Kalau anda nak
tahu macam mana anda boleh simpan lagi banyak duit dan mahu meningkatkan
pulangan pelaburan anda, cuba klik butang di bawah.
Sekarang, kita
teruskan. Di bawah ini ialah tip-tip yang akan membantu anda menjawab
soalan-soalan tersebut.
1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.
Kira berapa
banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.
Anda akan
mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda
gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
Apabila anda
tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit
tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda
tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya
perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur
2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.
Berapa
banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin
membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu
buat.
Untuk matlamat
jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih
rapi.
Anda kena
memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa
selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu
memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah
ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.
3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.
Sebagai
contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari
ini.”
Apabila anda
sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk
mencapai matlamat itu.
Anda perlu
pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat
yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa.
Cuba
kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.
Dari situ anda
boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih
panjang.
Dan itu membawa
saya ke point seterusnya…
4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.
Anda
perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu,
sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat
penyimpanan duit anda.
Ambil kira
setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan
untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
YA. Fikir
tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh,
jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah
rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk
menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika
gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda
tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika
anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan
tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.
Anda kena
adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.
5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.
Dengan
kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua
perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak
yang anda belanjakan.
Tulis
perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan
anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu
dan lain-lain.
Buat kategori
untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil
elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu
nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon
pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap
perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk
seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke
dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga
app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk
membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.
6. Kurangkan Perbelanjaan Anda.
Dah rekodkan perbelanjaan anda?
Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu.
Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod
perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin
juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak
anda).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan.
Dan yang anda boleh kurangkan.
Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu
membuat beberapa keputusan yang sukar.
Apa yang penting?
Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa
yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.
Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu
berapa banyak anda dapat jimat.
11 soalan di bawah boleh digunakan untuk anda bertanyakan kepada diri
anda mana yang anda boleh potong kos hidup anda.
- Bolehkah
anda bergerak ke sebuah apartmen atau rumah yang sewanya lebih murah?
- Bolehkah
anda membiayai semula (refinance)?
- Bolehkah
anda menjimatkan wang pada minyak, atau tidak menggunakan kereta langsung?
Jika keluarga anda mempunyai banyak kereta, bolehkah anda menggunakan
hanya satu?
- Bolehkah
anda mendapatkan kadar caj yang lebih baik untuk insurans anda? Telefon
bank-bank dan syarikat insurans yang ada dan pastikan anda mendapat harga
terbaik.
- Bolehkah
anda berhenti menggunakan telefon landline (talian darat)
dan menggunakan telefon bimbit anda atau menyimpan wang dengan menghubungi
melalui internet secara percuma dengan perkhidmatan seperti Skype?
- Bolehkah
anda hidup tanpa Astro?
- Bolehkah
anda mengurangkan bil-bil utiliti (telefon, elekktrik dan air) anda?
- Bolehkah
anda mengurangkan makan di luar?
- Bolehkah
anda membeli bahan makanan secara banyak-banyak untuk mengelakkan anda
kerap keluar?
- Bagaimana
dengan menggunakan kupon?
- Boleh
anda masak di rumah? Anda mungkin dapat menjimatkan wang yang banyak
apabila membeli banyak-banyak sekali gus.
Beli hanya semasa diskaun TETAPI jangan jadikan alasan untuk
membeli sepanjang masa ada diskaun. Kadang-kadang itu adalah trik pasaraya
dengan letah harga tinggi dan cakap ada diskaun sebanyak tu.
Berhati-hati dengan taktik pasaraya.
Jika anda boleh jimat berbelanja sampai 50% pun dah bagus dah.
7. Nilai Semula Matlamat Simpanan Anda.
Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa
pulang. Tolak juga cukai.
Berapa banyak bezanya?
Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda?
Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup
dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan.
Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet
anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi
perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa
simpanan anda.
Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda
boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun
kereta sudah semakin canggih untuk anda beli
8. Buat Bajet Anda
Sendiri
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda.
Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda
dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan
tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan.
Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa
nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita
tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan
membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.”
9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek.
Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih
mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda.
Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan
berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak
sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan
dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda.
Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau
semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk
benda yang tak perlu.
Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu
anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat.
Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri
kita.
Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar
hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad
kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda
membelanjakan wang.
Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda.
Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.
10. Letak Duit Dalam Balang
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang
masing-masing.
Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum… Letak dalam balangnya
sendiri.
Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis.
Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan
duit.
11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang
Lebih Tinggi
Senang je nak faham kan poin ni?
Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi.
Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank
yang boleh tawarkan dividen yang tinggi.
Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang
tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank
Rakyat.
Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.
12. Bayar Diri Sendiri Dahulu.
Simpanan harus menjadi keutamaan anda.
jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir
bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan.
Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun
tabung anda.
Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah
dengan mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.
Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke
akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya).
13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi
jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan.
Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama,
perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit
itu… mula bertambah.
Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda
menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda.
Sebenarnya Banyak Cara Nak Menyimpan Kan?
Setiap kali anda pergi untuk membeli sesuatu, cuba fikir sebab yang
menyebabkan anda menyimpan. Dan betapa dekatnya anda dengan objektif
simpanan anda sebenarnya.
Cuba anda kongsi benda yang anda cuba buat. Anda akan dapat lihat sama
ada rakan anda sokong ataupun lawan tapi cuba motivasikan mereka untuk mengikut
anda kerana ini akan membentuk satu kitaran mulia (virtuous
cycle).
Ingat Tentang Harta Anda!
Anda kena pandai jaga harta benda anda. Kalau anda ada berus gigi elektrik
dan motor untuk biar berusnya berpusing itu rosak anda tak perlu beli baru.
Guna terus. Tengok waranti barang yang anda beli.
Kalau ada ada hobi, anda perlu fikir lebih banyak.
Anda kena tentukan satu peraturan di mana anda perlu tentukan berapa
banyak duit yang akan anda habiskan untuk hobi tersebut. Ini sangat penting
terutama sekali kalau anda ada hobi yang mahal.
Jika anda dapat durian runtuh, anda boleh mengenepikan duit yang anda
dapat tu mengikut jadual anda.
Kalau anda tetapkan diri anda kena simpan 10% daripada semua duit yang
anda dapat… simpan duit sebanyak tu.
Apabila anda membuat pembelian dengan wang kertas, akan ada baki. Simpan
baki anda dalam balang atau dalam mug (saya gunakan mug plastik untuk
simpan duit syiling saya).
Satu mug kalau penuh boleh dapat lebih daripada RM50. Ada masa tu saja
kumpul-kumpul dapat nak dekat RM100. Hanya daripada satu mug. Jangan guna duit
tu pula nanti lepas dah tebus kepada wang kertas ya!
Sebenarnya kita boleh menyimpan duit tanpa mengambil kira pendapatan
kita. Mula sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, RM50 secara automatik
dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji anda.
Setahun dah dapat RM600. Ini hanyalah satu kiraan yang sangat
konservatif. Saya rasa anda boleh simpan lagi banyak.
Bila anda mula sedikit demi sedikit tabiat menabung ni, anda akan
perasan yang anda sebenarnya tidak perlu pakai duit yang banyak.
Tentang Kad Kredit Anda Tu
Kalau anda rasa anda tak boleh potong kad kredit anda.
Sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan penggunaan kad-kad anda. Jangan
letakkan dalam dompet. Letakkan kad-kad itu d tempat yang lain.
Lagi susah nak capai lagi bagus. Anda hanya dibenarkan guna bila anda
betul-betul perlu sahaja. Cara ini agak lawak tapi kalau anda susah nak capai,
susah lah anda nak guna.
Kalau anda setiap bulan dapat gaji yang lebih kurang sama, senang untuk
anda kawal bajet anda.
jika gaji anda setiap bulan berubah, susah sikit. Tapi jangan menyerah!
Senaraikan perbelanjaan anda ikut kategori dan mana yang anda boleh kurangkan
perbelanjaan. Jangan letakkan sasaran tinggi. Anda kena tahu had anda.
Bila anda dah boleh dapat konsisten gaji, baru anda sasarkan tahap yang
lebih tinggi.
Anda perlu berikrar kepada diri anda yang anda akan simpan duit. Ulangi
pada diri anda sendiri mengenai sebab anda menyimpan dan cuci minda anda
sendiri mengenai hutang. Hutang bukan satu pilihan.
Jangan Lupa Berseronok
Cuba cari keseronokan tanpa perlu membazirkan duit. Mungkin anda boleh
belajar menari (boleh menari dengan isteri/suami anda), atau anda bersenam,
bermain teka-teki dan sebagainya.
Cuba cari sesuatu yang tidak memerlukan anda mengeluarkan duit.
Kadang-kadang anda boleh luangkan masa dengan berbincang mengenai
falsafah, mungkin juga mendalami ilmu agama dan ilmu kewangan (seperti yang
anda buat sekarang ini) tanpa perlu menghabiskan duit.
Sebenarnya banyak benda yang anda boleh buat tanpa perlu menghabiskan duit.
Anda hanya perlu imaginasi dan lihat apa yang ada di luar sana.
Pelbagai talian persahabatan boleh terjalin bila anda terlibat dalam
permainan-permainan yang ada di luar sana. Jumpa orang, dan main. Tak pakai
duit dan memupuk semangat kekitaan anda.
Ada Alasan Untuk “Ponteng” Berjimat?
Setiap kali anda mencari alasan untuk ponteng berjimat, saman diri anda.
Caj diri anda 50 sen untuk setiap alasan ke dalam tabung anda. Anda akan dapat
tengok berapa banyak alasan sebenarnya yang anda beri pada diri anda untuk
tidak berjimat.
Jika betul anda memerlukan sesuatu, cuba anda tanya diri anda, adakah
anda betul-betul memerlukannya atau hanya keinginan anda semata-mata?
Sebahagian besar daripada benda yang anda ingat anda perlukan, adalah sesuatu
yang anda tidak perlukan.
Peringatan Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Duit
Jika anda mempunyai kawan yang boros, anda mungkin perlu membuat satu
senarai alasan untuk menjelaskan mengapa anda tidak boleh keluar dengan mereka
sepanjang masa.
Jangan keluar window shopping dengan membawa duit. Anda
lambat laun akan terdorong untuk membelanjakan wang anda. Hanya membeli-belah
dengan senarai barang yang telah ditetapkan.
Selepas seminggu yang panjang bekerja, anda mungkin terdorong untuk
berbelanja dengan memberitahu diri anda sendiri, “Saya berhak
dapatkan ni”.
Ingat: perkara yang anda beli bukannya hadiah pada diri
sendiri. Tapi adalah satu pertukaran antara wang anda dengan satu produk.
Anda boleh katakan pada diri anda: “Sudah tentu saya layak untuk
beli, tetapi sebenarnya saya mampu atau tidak? Jika saya tidak mampu, saya
memang layak, dan saya masih layak untuk memenuhi matlamat simpanan saya!”
Melainkan jika anda berada di dalam yang benar-benar terdesak
(seperti anak anda kelaparan ataupun ada orang mengacu pistol ke kepala anda),
jangan sentuh langsung duit tu.
Jangan fikirkan perkara yang remeh-temeh seperti keluar makan dengan
rakan anda ataupun buat perkara yang membazir.
Benda-benda ni boleh tunggu kemudian hari kerana apabila anda ponteng
membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari.
Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%. Anda boleh cuba
lagi nanti.
14. Tip Terakhir
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama
sekali bila anda masih kecil.
Masa tu anda boleh dapat banyak dan bila anda dah besar, susah nak dapat
duit raya banyak. Admin tak dapat langsung dah.
Silakan SHARE, semoga
bermanfaat…
No comments:
Post a Comment