Sememangnya bau badan boleh membuatkan orang
sekeliling berasa kurang selesa berada dekat dengan kita. Terdapat pelbagai
cara untuk membasmi bau badan yang kadang kala boleh membuatkan orang
‘pengsan’.
Madu sinonim sebagai agen yang mencantikkan kulit,
mengurangkan jerawat dan sebagainya. Namun, ada kajian mendapati madu juga
mampu membuatkan badan anda menjadi harum.
Nak tahu bagaimana caranya madu boleh membantu
menghilangkan bau badan, ini Wanista kongsikan.
Mandi Madu – Ambil dua sudu besar madu dan campurkan
ke dalam air hangat. Selesai mandi, siramkan campuran madu dan air hangat tadi
pada badan, kemudian bilas dan bersihkan.
Skrub Madu – Ia mampu menghaluskan kulit dan
mencerahkan kulit bawah lengan dengan secara tak langsung. Caranya mudah dengan
hanya mencampurkan madu bersama jus lemon dan tambah sedikit gula sebagai
lulurnya. Gosok pada bahagian bawah lengan dan biarkan seketika. Bilas dengan
air sehingga bersih, badan anda akan sentiasa tampil harum dan juga segar.
Mudahkan? Hah, sekarang pada sesiapa yang ada
masalah bau badan, cuba cara ini. Kalau berkesan, alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment