Minum air secukupnya untuk memastikan tubuh badan
sihat.
Tubuh manusia normal memerlukan sekurang-kurangnya
8-10 gelas air masak sehari.
Ianya penting untuk mengelakkan tubuh anda
daripada dehidrasi (kekurangan air dalam tubuh badan).
Berikut merupakan tanda-tanda anda kekurangan air
dalam badan:
1. Tak kerap buang air kecil
Menurut kajian, setiap individu yang sihat akan
membuang air kecil sebayak 6-7 kali sehari. Sekiranya anda buang air kecil
kurang dari 2-3 kali sehari, kemungkinan besar anda kekurangan air.
Kurang air dalam badan boleh mnjejaskan buah pinggang.
2. Kulit kering
Jika kulit anda kering dan kasar itu menunjukkan
anda kekurangan air. Dah sapu losyen tapi masih lagi tiada perubahan, sila
pergi minum air.
3. Pening Kepala
Mudah sakit kepala? Itu juga antara salah satu
tanda yang anda kurang minum air
4. Bibir Kering
Banyak ulser dalam mulut dan bibir sentiasa kering,
itu tandanya anda perlu minum air segera.
5. Warna Air kencing Kekuningan
Selalunya air kencing digunakan untuk mengetahui
status kesihatan. Melalui warna, bau dan ketumpatan air kencing boleh beri
pelbagai tanda, sama ada anda sihat atau sebaliknya. Warna putih
atau ‘clear’ bermakna anda sihat, sekiranya air kencing anda kekuningan itu
menunjukkan badan anda memerlukan air.
No comments:
Post a Comment