Wudhuk yang sempurna akan memberi kekhusyukan dalam
sembahyang. Sesungguhnya wudhuk yang baik membantu menjadikan solat tersebut
lebih baik.
Secara zahirnya, wudhuk adalah menyucikan
anggota-anggota yang terdedah dan kotor seperti habuk dan debu. Begitu juga
dengan anggota tersebut yang terdedah dengan maksiat dan dosa.
Sabda Rasulullah SAW;
“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu
berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa
yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.
Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh
oleh kedua-dua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air
terakhir.
Manakala ketika ia membasuh kedua-dua
kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama
air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam
keadaan bersih dari dosa-dosa.”
Hadis
Riwayat Imam Muslim
Antara hikmah wudhuk ialah;
1- Ulama Fekah: Wudhuk sebagai usaha untuk memelihara
kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh air wudhukpaling
banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran yang wajar
dibasuh.
2- Ulama Tasawuf: Anggota badan yang dibasuh air wudhuk
memang daerah yang sering melakukan dosa. Seperti tangan yang memegang benda
haram dan mata yang melihat hal yang terlarang.
Selain itu, hikmah wudhuk yang lain ialah;
1- Menghindarkan Diri Dari Kekotoran, Penyakit Dan Kemungkaran
Hal yang paling penting dalam wudhuk adalah simboliknya
yang memberikan rasa percaya diri sebagai seorang yang ‘bersih’ dalam menjalankan tuntutan kepada
Allah SWT, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca al-Quran.
Wudhuk juga bertujuan membersihkan diri daripada kotoran
najis dan hadas, seperti solat yang membersihkan diri daripada sifat-sifat
mazmumah serta memadamkan dosa-dosa lalu.
2- Memberi Kecerdasan Minda Dan Menenangkan Jiwa
Ahli kaji saraf (neurologist) juga membuktikan berwuduk
yang menyejukkan hujung urat saraf jari tangan dan jari kaki membantu untuk
menenangkan fikiran.
Begitu juga dengan titik-titik sensitif yang sering
digunakan dalam ilmu akupunktur, terdapat persamaan dengan anggota wudhuk dan
rukunnya.
3- Membersihkan Diri Dari Dosa-dosa Kecil
Dengan berwudhuk juga mampu menghapuskan dosa-dosa kecil,
begitulah kasih saying Allah kepada hambanya dengan mengurniakan pelbagai cara
utnuk menebuskan hambaNya dari dosa-dosa.
Jadi bayangkan jika kita berwudhuk sebanyak lima kali
seharisemalam? Bukankah sudah mampu menghakis dosa-dosa kecil terdahulu?
4- Menjauhkan Diri daripada Gangguan Syaitan
Jika
marah, berwudhuklah, sesungguhnya ia mampu memadam kemarahan itu. Ini kerana marah
itu dari syaitan yang dijadikan dari api manakala wudhuk itu adalah air
mustajab yang akan memadam kemarahan itu.
Lalu, wudhuk yang sempurna akan memberi kekhusyukan dalam
sembahyang. Sesungguhnya wudhuk yang baik membantu menjadikan solat tersebut
lebih baik.
No comments:
Post a Comment