Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah
Rasulullah S.A.W dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada
beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam
aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai
penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya
lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”
Beliau bersabda:
1) Wanita yang digantung dengan
rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2) Wanita yang digantung dengan
lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih
dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3) Wanita yang digantung dengan buah
dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke
kerongkongnya.
4) Wanita yang digantung , diikat kedua
kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan
ular dan kala jengking.
5) Wanita yang memakan badannya
sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6) Wanita yang memotong badannya
sendiri dgn gunting dari neraka.
7) Wanita yang bermuka hitam dan
memakan ususnya sendiri.
8) Wanita yang tuli, buta & bisu
dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya
(hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9) Wanita yang berkepala seperti
kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai
ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan
wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
1- Wanita yang digantung dengan
rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
2-
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia
menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak
seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan
membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan
mengikatnya dibelakang lehernya.”
3- Adapun wanita yang digantung
dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4- Adapun wanita yang diikat dengan
kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi
wajib dari haidh & nifas.
5- Adapun wanita yang memakan
badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka
membicarakan keaiban orang.
6- Adapun wanita yang memotong
badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri
(ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang
melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat
perhiasannya.
7- Adapun wanita yang diikat kedua
kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala
jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu
berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
8- Adapun wanita yang kepalanya
seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba
(melaga-lagakan org) serta berdusta.
9- Adapun wanita yang berbentuk
seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam
keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah
isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
§
Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
§
Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan
kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa
perlu berubah… maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak
diberi petunjuk oleh Allah.
No comments:
Post a Comment