Seorang bayi perempuan memerlukan
dana sebanya RM30,000 untuk membiayai kos rawatan pembedahan saluran pernafasan
secara normal (BT Shunt) di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Pembedahan keatas bayi
tersebut, Nur Aisyah Dalila Abd Rahim, 2 bulan, n dilakukan segera bagi
membolehkannya bernafas dengan sempurna.
Menurut ibu, Rositah Kames,
anak keduanya itu turut menghidapi jantung berlubang dan masalah saluran
tersumbat sejak lahir.
"Nur Aisyah perlu melakukan pembedahan saluran
ini terlebih dahulu kerana dia kini hanya bergantung kepada ubat untuk
membolehkan dia bernafas dengan baik.
"Jika tidak, keadaannya akan menjadi biru kerana
oksigen tidak sampai ke otak di sebabkan masalah di saluran terbabit," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Rositah yang juga seorang suri
rumah berkata, anaknya itu juga turut mempunyai dua lubang di jantung yang
bersaiz kecil dan besar.
"Bagi pembedahan jantung berlubang dan saluran
tersumbat itu pula akan dilakukan pada usia Nur Aisyah setahun ke atas dengan
beratnya perlu mencecah kira-kira 10 kilogram," katanya.
Bapa kepada Nur Aisyah pula, Abd Rahim Mohd Napiah, berkata beliau dan keluarga reda akan keadaan anaknya itu tetapi tetap bersyukur dengan bantuan orang ramai.
Bapa kepada Nur Aisyah pula, Abd Rahim Mohd Napiah, berkata beliau dan keluarga reda akan keadaan anaknya itu tetapi tetap bersyukur dengan bantuan orang ramai.
"Saya berharap Nur Aisyah dapat hidup seperti
kanak-kanak normal yang lain," kata beliau yang bekerja di bilik kawalan Rapid KL.
No comments:
Post a Comment