adnow



loading...

IKLAN

Friday, November 18, 2016

Awas Jika Anda Menerima Duit Kertas Berdakwat? Kerana Berkemungkinan Adalah Duit Rompakan ATM




Untuk makluman bersama, jika anda atau sesiapa sahaja menerima duit yang diselaputi dengan dakwat seperti dalam gambar di bawah ini tidak kiralah di mana anda berada, diharapkan berwaspada untuk menerimanya. Hal ini kerana duit yang diselaputi dengan dakwat seperti ini berkemungkinan adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM.



Via Hmetro

PETALING JAYA: Pencuri yang merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan ditinggalkan dengan kepingan wang kertas yang tidak bernilai jika cadangan Bank Negara dilaksanakan.
‘Bom berdakwat’ akan diletakkan di dalam mesin ATM dan jika mesin ini diganggu oleh sesiapa sahaja, bom tersebut akan meletus menyebabkan wang kertas bertukar kepada warna merah dan mudah dikenalpasti sebagai wang curi.
Bank Negara, dalam garis panduan bertarikh 26 Ogos memanggil bank dan Syarikat Transit Tunai mempertimbangkan penggunaan alat perlindungan mata wang (CPD) untuk menghalang kecurian ATM.




Syarikat keselamatan tempatan, Extro Kod Sdn Bhd pada Rabu telah melakukan demonstrasi pek CPD atau pek pewarna yang sudah berada di pasaran.
Pengarah teknikalnya, Mohd Zaki Sulaiman berkata sebaik sahaja dipasang, pek pewarna akan meletus apabila seseorang cuba memecahkan mesin ATM.


“Peranti ini seperti seperti bom asap yang mengeluarkan dakwat ke setiap lapisan wang kertas dalam ATM,” katanya.
Mohd Zaki berkata, sebenarnya tidak ada letupan yang berlaku tetapi terdapat haba dan kepanasan apabila CPD bertindak balas.
“Mekanisme letusan sebenar adalah rahsia perdagangan,” katanya.
Beliau berkata dakwat yang dikenali ‘Disperse Red 9’ ini tidak berbahaya.
Beliau berkata, dakwat itu diimport tetapi CPD sebenar dibangunkan dan dikeluarkan dalam negara.
Mohd Zaki enggan mendedahkan kos setiap pek pewarna dan kos pemasangan.
“Siapa yang membayar untuk peranti ini akan bergantung kepada Bank Negara dan bank-bank,” katanya.
Beliau berkata terdapat empat pembekal mesin ATM di negara ini tetapi pemasangan pek-pewarna ke dalam mesin yang berbeza tidak menjadi masalah.
Garis panduan Bank Negara menyatakan bahawa CPD akan mengeluarkan pewarna berwarna cerah oleh asap, cecair atau mana-mana ejen lain untuk ‘mencemarkan’ mata wang dalam mesin ATM sekiranya ia diceroboh.
Ini akan membolehkan pihak berkuasa dan orang ramai dengan mudah mengenal pasti wang kertas yang dicuri dan rosak, menyebabkan ia tidak boleh digunakan.
Garis panduan ini juga menetapkan syarat-syarat untuk wang kertas ini diganti. Antaranya:
§  Dakwat ini perlu kekal dengan air, bahan api, gas, peluntur dan detergen.
§  Ia mesti kotor sekurang-kurangnya 10 peratus.
§  Ia dapat dikesan dan ditolak oleh mesin pengesahan wang kertas yang digunakan oleh bank seperti Mesin Deposit Tunai.
§  Ia mesti tidak berbahaya dan bukan toksik.

Jika bank menerima semula mata wang yang mempunyai pewarna, mereka boleh mengemukakannya kepada bank pusat untuk penilaian.
Juruwang juga akan dilatih untuk mengesan wang kertas ini.
Orang ramai dan peruncit akan dinasihatkan untuk tidak menerima wang kertas yang mempunyai pewarna kerana ia mungkin wang yang dicuri.
Dengan langkah ini, Bank Negara percaya akan dapat mengurangkan kes rompakan ATM.
Di Amerika Syarikat, bank mempunyai bom pewarna dalam peti besi dan mana-mana orang yang tidak diberi kuasa dan cuba mengeluarkan wang akan menyebabkan bom meletus dan semua wang serta perompak berlumuran dakwat.

No comments:

Post a Comment

loading...

Total Pageviews

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *