adnow



loading...

IKLAN

Saturday, November 28, 2015

10 CARA MENJAUHKAN DIRI DARI ZINA

[1]  Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di pejabat atau di mana saja. Mengikut Sabda Rasulullah,"Tidaklah seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan."

[2]  Bagi para wanita muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah
abaya yang sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua tangan dan kaki, serta tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah
mencontoh Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu
bagaikan burung gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh
mereka yang terlihat.

[3]  Hindari membaca majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak rumahmu, hatimu dan akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.

[4]  Allah berfirman, "Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." (Lukman:6). Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati) .

[5]  Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa
yang tersembunyi. Ini adalah rasa takut yang paling tinggi yang menjauhkan
seseorang dari perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada
perbuatan zina, maka bagaimana jika seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu, saudara-saudaramu?

[6]  Mencari teman yang baik dan hindarilah teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkanmu pada sesuatu yang diharamkan.

[7]  Perbanyakkan berdoa.

[8]  Tidak membiarkan waktu senggang berlalu kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan dengan ketaatan dan ibadah, maka anda akan disibukkan oleh kebathilan.

[9]  Ingatlah bahawa anda akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa.  Allah berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maryam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang ia susui.

[10]  Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina. Maka janganlah anda menjadi salah satu dari mereka yang menjadi korban.

No comments:

Post a Comment

loading...

Total Pageviews

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *